NAMA : ZULHILMI BIN AHMAD
NO MATRIK : 234211
TAJUK : KUNCI KEJAYAAN DALAM PEPERIKSAAN PENTAKSIRAN
TINGKATAN 3 (PT3)
ENTRI 1
Pentaksiran Tingkatan 3
(PT3) ialah sistem peperiksaan baru yang menggantikan Peperiksaan Menengah
Rendah (PMR) yang perlu diambil oleh semua murid tingkatan 3. Sistem
peperiksaan ini diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, iaitu Tan Sri
Muhyiddin Yassin.
Antara kunci kejayaan
dalam peperiksaan pentaksiran tingkatan 3 (PT3) ialah, kita haruslah membuat
jadual belajar dan menetapkan masa untuk mengulang kaji pelajaran. Cara ini
dapat membolehkan kita belajar dengan sistematik dan lebih teratur.
Selain itu, kita hendaklah menumpukan perhatian semasa
guru mengajar. Jika kita menumpukan perhatian dengan baik, kita akan dapat
memahami dan menguasai tentang subjek yang diajar.
Kesimpulannya, kita
haruslah berusaha untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan PT3. Hal ini demikian
kerana, kejayaan yang kita peroleh akan dapat membanggakan ibu bapa dan
sekolah.