Sunday, 31 May 2015

Persediaan Graduan supaya tidak Menganggur

Graduan hari ini perlu menerima hakikat bahawa memasuki sesebuah universiti atau kolej dan lulus dengan segulung ijazah bukanlah tiket bagi mendapatkan pekerjaan yang baik dan setaraf dengan kelulusan mereka apabila keluar nanti. Mungkin ramai graduan juga yang beranggapan dengan segulung ijazah, mereka sudah bersedia untuk bersaing, namun ia tidak semudah yang disangka, para graduan harus lebih bersedia dan mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran untuk bersaing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar kini.

Antara persediaan graduan supaya  tidak menganggur ialah mempunyai Kemahiran insaniah . Kemahiran yang dimaksudkan mencakupi beberapa aspek iaitu kualiti peribadi yang merangkumi erti tanggungjawab, kepercayaan diri, kemampuan berkomunikasi dengan baik, pengendalian diri, berintegriti dan jujur. Ia juga melibatkan keterampilan interpersonal, misalnya sejauhmana mereka dapat bergaul dengan anggota masyarakat atau berinteraksi di dalam sesebuah organisasi, berkongsi pengetahuan dengan orang lain, melayani pelanggan, daya kepimpinan, kemampuan berunding serta keupayaan kerja dalam pelbagai situasi dan ragam.  

Era globalisasi ini, siswazah perlu mahir menguasai bahasa asing. Selain mahir dalam bahasa inggeris mempunyai kemahiran bahasa ketiga merupakan bonus kepada diri siswazah kerana ia satu kelebihan yang melengkapi pakej seseorang dalam urusan kerja yang memerlukan perhubungan dengan pihak luar seperti bahasa Mandarin, Jepun , Perancis, Jerman, Arab dan Korea. Majikan semestinya akan memilih untuk mengambil pekerja yang mempunyai kelebihan seperti penguasaan bahasa ketiga yang akan menyumbang kepada syarikatnya 

Kesimpulanya, graduan harus bijak mengatur langkah kehidupan masing-masing, jangan terlalu memikirkan profesional. Graduan perlu bermula dari bawah untuk dapatkan pengalaman, bukanya terus dari atas. Justeru , graduan tidak seharusnya terlalu bersikap memilih , kerana ini bukan saja untuk kebaikan negara,malah ia juga untuk kebaikan diri graduan itu sendiri dan sikap seperti ini tidak mendatangkan apa-apa kebaikan ke atas diri mereka sendiri

No comments:

Post a Comment