Sunday, 31 May 2015

TIPS MENJAGA KESIHATAN


Jika kita perhatikan cuaca panas yang terik sedikit sebanyak telah membantutkan keaktifan kita pada siang hari. Hal ini disebabkan oleh ditakuti akan diserang demam panas. Maka, masalah ini menjadi tumpuan pihak Kementerian Kesihatan kerana banyak kesannya kepada manusia dan juga persekitaran. Seperti yang sedia maklum jika terdedah dengan keadaan cuaca panas yang berlebihan akan menyebabkan banyak kesan negatif kepada tubuh badan. Disebabkan oleh keadaan cuaca sebegini jadi tubuh manusia memerlukan lebih air agar badan tidak kekurangan sumber air dalam tubuh badan. 

Menurut Pegawai dari Kementerian Kesihatan cuaca panas akan memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap yang sederhana (mild) kepada yang boleh membawa maut, contohnya akibat dari strok haba. Risiko akan bertambah jika kita memakai pakaian yang tebal dan ketat kerana ia telah menghalang haba keluar daripada proses penyejatan/pengeringan peluh. 

Jika keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi, kekeliruan, dan koma. Jadi kita semua haruslah mematuhi arahan dari pegawai Kementerian Kesihatan tentang penjagaan kesihatan semasa musim panas ini walaupun ingin mengekalkan keaktifan bergerak di luar seperti biasa.

Terdapat sedikit tips yang boleh digunakan seperti minum air setiap 15 minit, guna payung jika keluar waktu panas, pakai pakaian yang longgar dan terang, tidak ketat, minum minuman isotonik untuk menggantikan semula garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh dan terdapat pelbagai lagi tips yang anda boleh dapatkan daripada pegawai kesihatan sendiri. Pepatah ada menyatakan bahawa mencegah itu lebih baik dari merawat, jadi sayangi diri anda dan juga keluarga.

No comments:

Post a Comment