Wednesday, 22 April 2015

KESAN BURUK PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH

Pada suatu masa dahulu, telefon bimbit dianggap sebagai barangan mewah yang tidak mampu dimiliki oleh kebanyakan orang. Kini, segalanya berubah apabila peningkatan teknologi telah membuatkan telefon bimbit menjadi barangan keperluan dan mampu milik kepada seluruh masyarakat. Remaja dan pelajar serta murid sekolah rendah juga berupaya menggunakan telefon bimbit dan gemar membawa telefon bimbit ke sekolah tanpa mengetahui impak atau kesan buruk yang dihadapi mereka.

Antara kesan buruk penggunaan telefon bimbit ke sekolah ialah dapat menjejaskan pelajaran mereka. Hal ini demikian kerana, mereka tidak akan menumpukan perhatian untuk belajar tetapi leka dengan melayari laman sosial seperti facebook, twitter, instagram dan lain-lain lagi.


Selain itu, ketenteraman di dalam kelas akan terganggu apabila telefon bimbit berbunyi semasa guru sedang mengajar. Oleh itu, gangguan ini akan mengalihkan perhatian murid-murid daripada guru kepada bunyi telefon bimbit tersebut. Kesannya, murid-murid tidak akan dapat belajar dalam keadaan tenang dalam kelas.

Tambahan pula, sekiranya pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah masalah kecurian telefon bimbit memang tidak dapat dielakkan. Pelajar-pelajar nakal sentiasa memerhatikan dan mencari peluang untuk mencuri telefon bimbit. Sekiranya berlaku kecurian, ianya akan menyusahkan guru-guru terutama guru disiplin.

Akhir sekali, murid-murid akan mencari laluan mudah untuk lulus dalam peperiksaan. Penggunaan telefon bimbit pintar untuk meniru dalam peperiksaan. Murid-murid akan menganggap belajar untuk peperiksaan tidak penting apabila boleh meniru dengan mencari jawapan dalam internet melalui telefon bimbit pintar mereka.

Kesimpulannya, membawa telefon bimbit ke sekolah membawa banyak kesan buruk berbanding kesan baik. Oleh itu, setiap pelajar haruskan mengelak daripada membawa telefon bimbit ke sekolah.

Wednesday, 8 April 2015

Pendidikan online atau face to face yang lebih baik?

Pada era teknologi maklumat sekarang, terdapat pelbagai cara pembelajaran yang boleh dilakukan seperti pembelajaran secara online atau face to face. Pendidikan secara online telah diperkenalkan sebagai satu strategi baru dalam kaedah pembelajaran dan menggantikan sistem pendidikan yang lama. Pendidikan secara online banyak faedahnya bukan saja kepada guru, malah pelajar, dan juga masyarakat.

Perlaksanaan pendidikan secara online mampu mengubah cara pembelajaran kerana pelajar dengan lebih mudah dapat mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa teknik juga  dalam keadaan tidak formal. Berbanding pendidikan secara face to face yang memerlukan kita menghadiri kelas mengikut waktu terten tu dan dalam keadaan yang formal. Selain itu, pendidikan online juga membantu perkongsian maklumat dengan lebih berkesan dengan penggunaan kaedah yang meluas digunakan di internet seperti forum, email, dan video.

Pada masa yang sama, pendidikan secara online menggunakan Kos yang rendah. Pelajar tidak perlu pergi ke kelas, mencari penginapan ataupun berada jauh dari pekerjaan mereka apabila menghadiri kelas. Kelas ini juga kurang mahal berbanding belajar di dalam bilik darjah atau dewan kuliah yang memerlukan bayaran yuran penginapan bagi sesebuah institusi pendidikan. Hal ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban pelajar dalam proses untuk menuntut ilmu.

Kesimpulannya, terdapat banyak kebaikan yang dapat kita perolehi dengan pendidikan secara online. Para pelajar akan lebih terdedah dengan dunia globalisasi sekiranya pendidikan secara online dilaksanakan secara menyeluruh.  Namun begitu terpulang kepada individu untuk memilih pendidikan secara online mahupun face to face, bergantung kepada kesesuaian masing-masing.

LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR


Banjir merupakan salah satu bencana alam yang serius dan sering berlaku di Malaysia terutama di negeri utara dan pantai timur semenanjung. Kejadian banjir ini telah menyebabkan kerosakan harta benda dan penyebaran penyakit kepada manusia. Langkah-langkah persediaan menghadapi banjir boleh diambil dari awal-awal lagi untuk mengurangkan masalah yang dihadapi akibat daripada banjir.

Antara langkah persediaan yang perlu diambil ialah menyimpan bekalan air bersih yang secukupnya sebagai stok minuman dan kegunaan memasak. Hal ini demikian kerana, belakan air bersih ketika banjir amat sedikit untuk kegunaan keluarga. Selain itu, kita hendaklah sentiasa mencuci longkang agar tiada kekotoran, semak-samun atau apa saja bahan yang boleh menyekat atau melambatkan aliran air. Air yang tersekat di longkang-longkang akan memyebabkan banjir berlaku dengan lebih teruk.

Seterusnya, menyimpan alat-alat ganti atau peralatan selenggara kenderaan di tempat yang selamat agar tiada kecederaan yang berlaku ketika banjir. Langkah lain yang perlu diambil ialah mengubah kedudukan kenderaan ke tempat yang lebih tinggi dan selamat daripada ditenggelami air supaya dapat mengurangkan kerosakan yang berlaku.

Kesimpulannya, langkah-langkah tersebut perlu diambil oleh semua masyarakat untuk menghadapi banjir agar kita dapat mengurangkan kerugian yang dihadapi dan meningkatkan keselamatan.