Wednesday, 8 April 2015

Pendidikan online atau face to face yang lebih baik?

Pada era teknologi maklumat sekarang, terdapat pelbagai cara pembelajaran yang boleh dilakukan seperti pembelajaran secara online atau face to face. Pendidikan secara online telah diperkenalkan sebagai satu strategi baru dalam kaedah pembelajaran dan menggantikan sistem pendidikan yang lama. Pendidikan secara online banyak faedahnya bukan saja kepada guru, malah pelajar, dan juga masyarakat.

Perlaksanaan pendidikan secara online mampu mengubah cara pembelajaran kerana pelajar dengan lebih mudah dapat mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa teknik juga  dalam keadaan tidak formal. Berbanding pendidikan secara face to face yang memerlukan kita menghadiri kelas mengikut waktu terten tu dan dalam keadaan yang formal. Selain itu, pendidikan online juga membantu perkongsian maklumat dengan lebih berkesan dengan penggunaan kaedah yang meluas digunakan di internet seperti forum, email, dan video.

Pada masa yang sama, pendidikan secara online menggunakan Kos yang rendah. Pelajar tidak perlu pergi ke kelas, mencari penginapan ataupun berada jauh dari pekerjaan mereka apabila menghadiri kelas. Kelas ini juga kurang mahal berbanding belajar di dalam bilik darjah atau dewan kuliah yang memerlukan bayaran yuran penginapan bagi sesebuah institusi pendidikan. Hal ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban pelajar dalam proses untuk menuntut ilmu.

Kesimpulannya, terdapat banyak kebaikan yang dapat kita perolehi dengan pendidikan secara online. Para pelajar akan lebih terdedah dengan dunia globalisasi sekiranya pendidikan secara online dilaksanakan secara menyeluruh.  Namun begitu terpulang kepada individu untuk memilih pendidikan secara online mahupun face to face, bergantung kepada kesesuaian masing-masing.

No comments:

Post a Comment