Banjir merupakan salah
satu bencana alam yang serius dan sering berlaku di Malaysia terutama di negeri
utara dan pantai timur semenanjung. Kejadian banjir ini telah menyebabkan
kerosakan harta benda dan penyebaran penyakit kepada manusia. Langkah-langkah
persediaan menghadapi banjir boleh diambil dari awal-awal lagi untuk
mengurangkan masalah yang dihadapi akibat daripada banjir.
Antara langkah
persediaan yang perlu diambil ialah menyimpan bekalan air bersih yang
secukupnya sebagai stok minuman dan kegunaan memasak. Hal ini demikian kerana,
belakan air bersih ketika banjir amat sedikit untuk kegunaan keluarga. Selain
itu, kita hendaklah sentiasa mencuci longkang agar tiada kekotoran, semak-samun
atau apa saja bahan yang boleh menyekat atau melambatkan aliran air. Air yang
tersekat di longkang-longkang akan memyebabkan banjir berlaku dengan lebih
teruk.
Seterusnya, menyimpan
alat-alat ganti atau peralatan selenggara kenderaan di tempat yang selamat agar
tiada kecederaan yang berlaku ketika banjir. Langkah lain yang perlu diambil
ialah mengubah kedudukan kenderaan ke tempat yang lebih tinggi dan selamat
daripada ditenggelami air supaya dapat mengurangkan kerosakan yang berlaku.
Kesimpulannya, langkah-langkah tersebut perlu
diambil oleh semua masyarakat untuk menghadapi banjir agar kita dapat
mengurangkan kerugian yang dihadapi dan meningkatkan keselamatan.
No comments:
Post a Comment