Jika kita perhatikan cuaca panas yang terik sedikit
sebanyak telah membantutkan keaktifan kita pada siang hari. Hal ini disebabkan
oleh ditakuti akan diserang demam panas. Maka, masalah ini menjadi tumpuan
pihak Kementerian Kesihatan kerana banyak kesannya kepada manusia dan juga
persekitaran. Seperti yang sedia maklum jika terdedah dengan keadaan cuaca
panas yang berlebihan akan menyebabkan banyak kesan negatif kepada tubuh badan.
Disebabkan oleh keadaan cuaca sebegini jadi tubuh manusia memerlukan lebih air
agar badan tidak kekurangan sumber air dalam tubuh badan.
Menurut Pegawai dari Kementerian
Kesihatan cuaca panas akan memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan
terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap yang sederhana (mild) kepada yang
boleh membawa maut, contohnya akibat dari strok haba. Risiko akan bertambah
jika kita memakai pakaian yang tebal dan ketat kerana ia telah menghalang haba
keluar daripada proses penyejatan/pengeringan peluh.
Jika keadaan yang terlalu teruk
boleh menyebabkan dehidrasi, kekeliruan, dan koma. Jadi kita semua haruslah
mematuhi arahan dari pegawai Kementerian Kesihatan tentang penjagaan kesihatan
semasa musim panas ini walaupun ingin mengekalkan keaktifan bergerak di luar
seperti biasa.
Terdapat sedikit tips yang boleh
digunakan seperti minum air setiap 15 minit, guna payung jika keluar waktu
panas, pakai pakaian yang longgar dan terang, tidak ketat, minum minuman
isotonik untuk menggantikan semula garam dan mineral yang hilang semasa
berpeluh dan terdapat pelbagai lagi tips yang anda boleh dapatkan daripada
pegawai kesihatan sendiri. Pepatah ada menyatakan bahawa mencegah itu lebih
baik dari merawat, jadi sayangi diri anda dan juga keluarga.
Jika kita perhatikan cuaca panas yang terik sedikit sebanyak telah membantutkan keaktifan kita pada siang hari. Hal ini disebabkan oleh ditakuti akan diserang demam panas. Maka, masalah ini menjadi tumpuan pihak Kementerian Kesihatan kerana banyak kesannya kepada manusia dan juga persekitaran. Seperti yang sedia maklum jika terdedah dengan keadaan cuaca panas yang berlebihan akan menyebabkan banyak kesan negatif kepada tubuh badan. Disebabkan oleh keadaan cuaca sebegini jadi tubuh manusia memerlukan lebih air agar badan tidak kekurangan sumber air dalam tubuh badan.